BrosurPetaPustakaBLOG
 

Bengkel 3 Hari
Cert. NLP Coach
30 Sept - 2 Okt 2016 (Jumaat - Ahad)
UKM Bangi Selangor


 

 

Bengkel 3 Hari
Cert. Basic NLP Practitioner
14 - 16 Okt 2016 (Jumaat - Ahad)
Pasir Gudang, Johor


 

 

Bengkel 3 Hari
Cert. Basic NLP Practitioner
22 - 24 Okt 2016 (Sabtu - Isnin)
Bangi


 

 

KURSUS UMUM

Okt 2016
30 Sept - 2
(Jum - Ahd)
Coach MBNLP
UKM
7 - 9 -
14 - 16
(Jum - Ahd)
Basic MBNLP
Pasir Gudang
22 - 24
(Sab - Isn)
Basic MBNLP
Bangi
29 - 30
(Sab - Ahd)
Basic NFNLP (USA)
UKM
Nov 2016
5 - 7
(Sab - Isn)
**
12 - 14
(Sab - Isn)
**
19 - 21
(Sab - Isn)
Basic MBNLP
Bangi
26 - 28
(Sab - Isn)
Coach MBNLP
UKM
Dis 2016
3 - 5
(Sab - Isn)
Basic MBNLP
UKM
10-12
(Sab - Isn)
**
14-15
(Rab - Kha)
Critical
Thinking
16-18
(Jum - Ahd)
Master Critical
Thinking Pract.
24 - 26
(Sab - Isn)
Coach MBNLP
Bangi


** Jika berminat untuk menjadi penganjur bengkel, sila hubungi Dr AK: 018 3792011 (WA/SMS)
 

 

KURSUS DALAMAN (IN-HOUSE)


Klik Imej untuk Brosur atau <<Klik Sini>>
 

 

 

Daripada:   Ir. Dr. Anuar Kasa
Tarikh:     

 

PER: Cert. Basic NLP Practitioner dan NLP Coach


Salam ceria,

Saya pernah lihat, dengar dan rasai keluhan begini:

"Saya sedar NLP penting bagi diri dan kerjaya saya. Rakan saya juga mencadangkan NLP jika ingin menyelesaikan pelbagai isu dan mahu lebih maju ke hadapan. Jika mengikuti kursus NLP, saya mahu yang diikhtiraf. Namun saya punya kekangan iaitu terpaksa mengambil cuti yang panjang serta membiayai yuran yang tinggi."

- Trainer, Fasilitator, Kaunselor, Pensyarah, Guru, Pengurus, Pegawai Kerajaan & Swasta, Penyelidik, Pelajar Pascasiswazah dan Ibu-Bapa.

Bengkel ini menyelesaikan isu sukar mengambil cuti yang panjang dan biaya kursus yang tinggi. Fokus kursus ini ialah aplikasi dalam bidang Pendidikan, Penyelidikan, Latihan, Perniagaan, Motivasi dan Coaching. Ia mendapat pengikhtirafan dari MBNLP (The Malaysian Board of NLP Professionals). MBNLP terdiri dari Jurulatih dan Pengamal Master NLP dan Neuro-Semantics yang mendapat sijil pengikhtirafan dari pertubuhan antarabangsa iaitu NFNLP (USA) dan ISNS (USA).

 

Jika berminat untuk mendapat sijil pengikhtirafan antarabangsa, "Certified Basic Practitioner of NLP" dari NFNLP (National Federation of NLP, USA), kursus tambahan selama 2 hari diperlukan untuk mencukupi "contact hours" (5 hari). Jika berminat untuk menjadi "Certified NLP Coach" (MBNLP), kursus ini adalah prasyarat.

 

Kursus lanjutan yang ditawarkan adalah seperti dalam rajah di bawah. Terdapat dua arah perjalanan ke arah "Mastery" iaitu Jalan NLP dan Jalan Coaching.
 



 



 

Jika berminat hendak menganjurkan Kursus 2 Hari NLP untuk aplikasi spesifik contohnya “NLP Untuk Pensyarah”, sila berhubung terus. Yuran untuk jurulatih MBNLP per hari mengikut kadar PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad), sila minta sebut harga.

KENAPA PERLU HADIR KURSUS "CERTIFIED BASIC NLP PRACTITIONER"?

Dengan mengikuti kursus bersijil ini, jika anda seorang:

Kaunselor - dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dan melakukan terapi NLP untuk mencepatkan sesi` bimbingan dan kaunseling
Trainer / Fasilitator – dapat meningkatkan kemahiran anda sebagai Trainer / Fasilitator
Pensyarah / Guru – dapat meningkatkan kemahiran mengajar dan membangunkan anak murid dengan lebih baik
Pegawai Korporat atau Kerajaan – meningkatkan kemahiran mengurus dan bijak menangani isu-isu dengan kakitangan
Ibu atau bapa – dapat kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak dan bijak menangani unsur-unsur negatif di kalangan anak-anak
Suami atau Isteri – dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan pasangan masing-masing
Insan – dapat memahami diri sendiri, menguasai emosi dan akan lebih berkemampuan untuk memimpin diri sendiri (self leadership)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir program PENGAMAL ASAS NLP ini, anda dapat:

1. menjadikan keadaan diri anda lebih baik dan bertenaga, berkemampuan mengawal emosi dan memilih emosi yang anda ingini
2. membentuk matlamat yang anda inginkan dan melangkah ke arah kejayaan seperti mana yang anda inginkan
3. menjalinkan hubungan dengan orang lain dengan lebih baik walaupun dengan individu-individu yang sukar
4. berkomunikasi dengan hebat, membolehkan anda mendapat hasil yang anda mahu dari komunikasi tersebut serta berkemampuan memberi respons yang bersesuaian
5. membuat keputusan dengan bijak kerana anda tahu apakah situasi sebenarnya melalui kemahiran anda di dalam sistem maklum balas, disamping dapat mengatur langkah masa depan dengan lebih baik
6. mengawal cara pemikiran dengan lebih baik dan produktif serta berprestasi tinggi di dalam kerjaya dan kehidupan
7. mempelajari corak-corak (pattern) untuk kegunaan diri dan membantu orang lain  

TEKNIK-TEKNIK NLP

1. “Anchoring” Menyauh sumber-sumber hebat ke dalam diri anda atau orang lain
2. “Ketajaman Deria” Setiap perkataan yang dituturkan, ianya boleh diteliti dan “dibaca” oleh anda, dengan ini meningkatkan daya komunikasi.
3. “Circle of Excellence” Membina sumber sumber terbaik untuk diri anda dan orang lain
4. “Swish Pattern” Menukar diri anda yang anda tidak suka kepada apa yang anda mahu
5. “Visual Squash” Mengatasi konflik yang menghalang kejayaan anda
6. “Mind to Muscle
Memindahkan keinginan (minda) kepada tindakan (otot) untuk prestasi tinggi
7. “Timeline (trauma)” Menggunakan terowong masa untuk kekuatan diri mengatasi trauma

PENDAFTARAN & BAYARAN

Untuk maklumat pendaftaran dan bayaran, sila hubungi penganjur. Terima kasih.

Contoh Bengkel NLP Sebelum Ini

 


 


Certified Basic NLP Practitioner (MBNLP)


Certified Basic NLP Practitioner (MBNLP)


Certified Basic NLP Practitioner (MBNLP)


 


Certified Basic NLP Practitioner (MBNLP)


NLP Untuk Perubahan Sikap (MBNLP)


Certified Basic NLP Practitioner (NFNLP, USA)


Pemantapan Minda Pelajar Cemerlang

 Meta-Coaching Untuk Guru


NLP Untuk Remaja


Selangkah Ke Ambang Kejayaan


Penyelidikan Inovasi Dengan NLP (Pensyarah)


Understand Quran the Easy Way with NLP


Minds Twisted with NLP


NLP in Classroom (Guru)


Meta-Coaching
 


NLP Untuk Penyelidik (Pensyarah dan Penyelidik Pascasiswazah)


C
erita Mengenai NLP
 


Sumber: Internet

Ada seorang wanita yang memiliki empat orang anak lelaki. Rumahnya selalu rapi, bersih dan teratur. Dia boleh marah berpanjangan jika melihat kesan tapak kasut di atas karpet. Dengan empat orang anak lelaki di rumah, perkara ini selalu berlaku.

Atas nasihat keluarganya, dia pergi menemui seorang ahli psikologi bernama Virginia Satir dan menceritakan masalahnya. Setelah mendengarkan cerita dengan penuh perhatian, Virginia Satir tersenyum dan berkata:


Virginia Satir (1916 - 1988). Sumber: Internet

"Harap kamu tutup mata dan bayangkan apa yang akan saya katakan" Wanita itu kemudian menutup matanya.

"Bayangkan rumah kamu yang rapi dengan karpet yang bersih terbentang, tanpa kotoran, tanpa kesan tapak kasut, bagaimana perasaan kamu?" Sambil menutup mata, wanita tersenyum, mukanya yang murung berubah cerah. Dia nampak gembira dengan bayangan yang dilihatnya.

Virginia Satir melanjutkan; "Itu ertinya tidak ada seorang pun di rumah kamu. Tidak ada suami, tidak ada anak-anak, tidak terdengar gurau senda dan tawa ceria mereka. Rumah kamu sepi dan kosong tanpa orang-orang yang kamu kasihi". Seketika muka wanita itu berubah keruh, senyumnya langsung hilang, nafasnya mengandung isak. Perasaannya terganggu. Fikirannya cemas membayangkan apa yang berlaku kepada suami dan anak-anaknya.

"Sekarang lihat kembali karpet itu, kamu melihat tapak kasut dan kotoran di sana, ertinya suami dan anak-anak kamu ada di rumah, orang-orang yang kamu cintai ada bersamamu dan kehadiran mereka mengembirakan hati kamu". Wanita itu mulai tersenyum, dia merasa gembira dengan visualisasi tesebut.

Sekarang bukalah mata kamu". Wanita itu membuka matanya. "Bagaimana, apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat kamu?"

Wanita itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Aku tahu maksud kamu", kata wanita itu. "Jika kita melihat dengan sudut yang tepat, perkara yang nampak negatif dapat dilihat secara positif".

Sejak saat itu, wanita tersebut tidak pernah lagi mengeluh soal karpetnya yang kotor karena setiap kali melihat kesan tapak kasut, dia tahu keluarga yang dikasihinya ada di rumah.

Kisah di atas adalah kisah nyata. Virginia Satir adalah seorang ahli psikologi terkenal yang dijadikan model oleh Dr. Richard Bandler dan Prof. John Grinder dari University of California, Santa Cruz untuk mencipta NLP (Neuro-Linguistic Programming). Teknik tersebut dipanggil "Reframing", iaitu bagaimana kita membingkai semula sudut pandangan sehingga sesuatu yang mulanya negatif dapat menjadi positif.


Dr. Richard Bandler dan Prof. John Grinder
Sumber: Internet


Sumber: Internet

Dengan menggunakan teknik yang ada dalam NLP seperti reframing, mind to muscle, goal setting, neurological level dan lain-lain, transformasi minda boleh dilakukan untuk menjadikan seseorang berjaya dalam bidang yang diceburi.

Apa yang Dikatakan oleh Dunia Luar tentang NLP?

Ia adalah teknologi minda terkini untuk mempercepatkan perubahan manusia. Majalah Psychology Today menganggapnya sebagai "Piawai Baru Untuk Psikologi". Ia digunakan secara meluas dalam terapi sukan, bidang perniagaan dan pendidikan di negara maju serta telah dikaji dan digunakan oleh Oprah Winfrey, Tony Robbins, Tentera Amerika Syarikat, Agensi Penguatkuasaan Undang-undang termasuk Presiden Amerika Syarikat.

Sumber: Internet

Psychology Today Magazine

"NLP is the most powerful vehicle for change in the 21st Century.”

Oprah Winfrey, the No. 1 talk show host

"NLP helps me to manage audiences and motivate them. It is just amazing."

James Olson, former chairman AT&T

"NLP produces results and improves rapport.
I want all my staff to attend the training."

Time Magazine

"NLP is one of the biggest breakthroughs in
the technology of achievement and human excellence."

Tony Robbins

“You can know everything in the world about the Holy Roman Empire, but if you can’t establish rapport, if you can’t translate that information from your map to someone else’s, your knowledge is meaningless”.

 

Walaupun apa yang dikatakan orang amat memberangsangkan, diri sendiri juga yang perlu merasai kebenaran kata-kata tersebut. Cubalah bengkel ini, lihat, dengar dan rasakan apa yang rugi jika tidak mengikutinya. Tidak cuba, tidak tahu.

 

Terima kasih kerana melawat www.bengkelnlp.com.

"HIDUP SEKALI, HIDUPLAH YANG BERERTI"


 

Ir. Dr. Anuar Kasa
Cert. NLP Trainer / Coach (NFNLP, USA)

Cert. Meta-Coach (ISNS, USA)
NLP Researcher (UKM, Malaysia)

iranuar@yahoo.com       
018-3792011
[Biodata Dr. AK
]